
Hari raya Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari lagi dan pastinya hari raya anda lebih bermakna jika ditemani oleh telefon baharu. Justeru anda boleh menjadikan HUAWEI Y5 2019 sebagai pilihan anda yang mana ia bakal dijual mulai esok (31 Mei 2019).

Telefon yang sangat menarik ini bakal dijual pada harga RM459 bagi pasaran Malaysia dan boleh dibeli di semua kedai HUAWEI Experience Store di seluruh Malaysia. Anda juga boleh membeli melalui laman sesawang rasmi Huawei Online Official Store.
Anda bukan hanya membeli peranti ini sahaja, namun anda berpeluang untuk memenangi seunit daripada 999 unit HUAWEI MediaPad M3 Lite yang mana berharga RM989 bagi setiap pembelian HUAWEI Y5 2019. Promosi ini bakal tamat pada 16 Jun 2019.

Spesifikasi Huawei Y5 2019:
- Sistem Operasi: EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
- Pemproses: MediaTek MT6761 Helio A22
- Memori: 2GB RAM + 32GB ROM
- Saiz paparan: 5.71 inci HD+ (1520 x 720 piksel)
- Kamera utama: 13MP (f/1.8)
- Kamera depan: 5MP (f/2.2)
- Kapasiti Bateri: 3020 mAh
- Dimensi: 147.13 x 70.78 x 8.45mm
- Berat: 146g
- Pilihan warna: Sapphire Blue, Amber Brown
- Harga – (RM459)

