Apple Bekerjasama Dengan LG Untuk Menghasilkan Paparan Skrin OLED Untuk iPhone

Rata-rata daripada pembaca di luar sana tentunya sudah sedia maklum bahawa iPhone X telah menggunakan paparan skrin OLED berukuran 5.8 inci yang dihasilkan oleh Samsung. Sungguhpun paparan yang disokong oleh iPhone X itu telah diiktiraf sebagai paparan skrin terbaik pernah dihasilkan pada telefon pintar oleh DisplayMate, masih ada di antara pemilik peranti itu yang dikatakan berhadapan dengan isu kemunculan garisan hijau pada skrin tersebut.

Maklumat yang baru diperolehi, Apple dilaporkan sedang dalam proses perbincangan dengan LG untuk membekalkan paparan skrin OLED untuk iPhone keluaran tahun 2018 ini. LG berkemungkinan besar akan diberikan tanggungjawab untuk menghasilkan panel OLED untuk model 6.5 inci. Manakala Samsung dikatakan akan menjadi pembekal untuk panel OLED untuk model 5.8 inci dan juga 6 inci.

LG merupakan antara peneraju teknologi paparan OLED, malah ia pernah tampil dengan panel OLED fleksibel berukuran 18 inci dalam acara CES2016.

Pembuatan panel OLED dari LG ini akan mula dihasilkan pada pertengahan tahun nanti dengan perancangan untuk menghasilkan sebanyak 15 juta unit bagi bekalan sepanjang tahun ini. Bekalan panel OLED keluaran LG ini akan terus dipertingkatkan pada tahun 2019 dengan kuantiti sebanyak 6 juta unit pada setiap bulan.

You might also like