Nokia 9 Ilham Dari Model Konsep?!

Ekosistem Windows Phone pada setiap model Nokia sebelum ini ibarat “Hidup segan mati tak mahu”, terus menjatuhkan jenama lagenda ini sendiri. Namun, Nokia tidak berputus asa dan ingin bangun semula dengan menggunakan Android sebagai platfom utama pada setiap peranti yang akan dikeluarkan.

Setelah Nokia 6 diperkenalkan, seorang pakar reka bentuk dari Facebook telah membuat satu ilustrasi diberi nama Nokia 9. Jika diperhatikan paparan yang digunakan, ia hadir dengan paparan skrin 5.5 inci dilengkapi sistem stereo speaker untuk pengalaman hiburan yang mengasyikkan.

Masih mengekalkan reka bentuk trademark Nokia yang bersegi, malah pada versi konsep ini telah membuang ruang yang tidak diperlukan supaya bingkai nampak lebih nipis dan kecil. Dari sisi dalaman pula, kemungkinan pada Nokia akan datang ini menggunakan sistem Android O yang terbaharu, cip pemprosesan Snapdragon 835 yang berkuasa dan mempunyai dua kamera berkembar di bahagian belakang.

Gambar dari Concept Phones

Selain itu, pereka konsep ini percaya pihak Nokia akan kekalkan imej tahan lasak mereka dengan meletakkan fungsi kalis air. Pencipta tersebut mengandaikan bahawa Nokia sangat berpontensi untuk membangunkan peranti sedemikian.

You might also like