Android Menjadi Sistem Operasi Popular Untuk Internet

Jika dahulu kita sering melayari Internet melalui komputer yang dikuasai oleh Windows tapi tidak sekarang. Ini kerana kita sekarang lebih senang melayari laman sesawang melalui telefon pintar lantas Android telah memegang takhta sebangai platform pelayar Internet terbanyak digunakan.

Pakar penyelidikan StatCounter telah membuat pengesahan bahawa pelayar Internet di telefon pintar Android lebih banyak 0.02% berbanding 37.91% di dalam sistem operasi Microsoft.

Berdasarkan penjelasan dari StatCounter, mereka mengumpulkan data berdasarkan penggunaan Internet dalam 5 tahun terakhir. Trend dalam 5 tahun terakhir memang menunjukkan bahawa PC dengan Windows mulai berkurang tahap penggunaannya sebagai alat utama untuk melayari Internet. Hal ini jelas menunjukkan banyak sekali orang yang mempunyai telefon pintar, tetapi tidak mempunyai PC.

Android dilihat mendominasi untuk akses Internet di Asia dan Afrika, sementara Eropah dan Amerika masih lebih cenderung kepada Windows. Ini memandangkan penggunaan Android di Asia dan Afrika sangat tinggi, sementara untuk Eropah dan Amerika, mereka lebih suka melayari Internet dari PC mereka.

You might also like