‘vivo Night’ di KLFW 2017, vivo Mendekati Dunia Fesyen

vivo dilihat menjadi antara jenama pilihan pengguna telefon pintar hari ini terutamanya bagi peminat swafoto. Sempena dengan majlis KLFW 2017 (Kuala Lumpur Fashion Week 2017) yang telah berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, vivo selaku pengeluar telefon pintar terkenal telah berkolaborasi dalam acara lima hari ini membawakan pengalaman bergambar menggunakan peranti flagship vivo V5s. ‘vivo Night’ mempersembahkan barisan telefon pintar vivo V5s sebagai pembukaan bersama koleksi House Of Doll by Fazura dan juga koleksi dari Rizman Ruzaini pada malam acara tersebut.

Penglibatan vivo di KLFW 2017 adalah bukti bahawa vivo hari ini bukan hanya sekadar sebuah jenama telefon pintar sahaja, tetapi vivo juga kini mampu memenuhi keperluan gaya hidup pengguna yang mementingkan kesempurnaan.

vivo V5s dilengkapi dengan kamera depan 20 Megapiksel IMX376 bersama aperture f/2.0 dan ciri Selfie Softlight terbaru mampu menghasilkan efek cahaya seperti di dalam studio.

You might also like