
Menjelang pelancaran OPPO F5 yang bakal dilancarkan minggu hadapan di Malaysia, OPPO berkongsi sedikit ciri tarikan yang akan hadir pada peranti terbaru ini.

OPPO F5 yang sedia maklum akan hadir dengan skrin bersaiz 6 inci dengan paparan 18:9 tidak akan memuatkan sebarang butang di hadapan. Pasti ada diantara anda ingin tahu bagaimana untuk menyahkunci peranti ini selain menggunakan pengimbas cap jari di belakang.
Oleh itu, OPPO kini memperkenalkan satu ciri baharu yang dipanggil “Facial Unlock” kepada pengguna untuk mengakses peranti dengan lebih pantas. Teknologi ini bukan sahaja memudahkan pengguna tetapi ia juga bertindak dengan pantas dengan hanya 0.4 saat sahaja.
Menariknya, sistem pengecaman wajah ini dikatakan mampu membaca tekstur wajah pengguna yang sedang basah. Selain itu, OPPO F5 juga menawarkan pilihan nyahkunci dengan cara memasukkan kata laluan, paten, dan kod pin.


Di samping itu, OPPO F5 menyediakan kamera depan 20 Megapiksel f/2.0 untuk rakaman swafoto yang lebih terperinci dan jelas. Sementara panel belakang hadir dengan kamera 16 Megapiksel f/1.8 aperture.
Ciri ini juga dilihat antara yang pertama diintegrasi ke dalam produk OPPO. Maka dengan pengenalan ini, adakah anda sudah tertarik dan berminat?

