Kemas Kini iOS 10.3 Membawakan Kepantasan Sistem Yang Menyeluruh

Apple iOS 10.3 baru sahaja dilancarkan dengan fungsi mencari AirPods diperkenalkan dan penambahbaikan fungsi CarPlay. Namun fungsi-fungsi tersebut bukanlah perkara utama yang ditekankan Apple dalam kemas kini tersebut. Sebaliknya di dalam iOS 10.3, Apple memperkenalkan Apple File System (APFS) yang terbaru. Sistem fail ini yang diumumkan pada WWDC tahun lepas, telah direka supaya ia cukup optimum dengan peranti iPhone, iPad, Apple Watch, Mac dan Apple TV.

Sistem Hierarchical File (HFS) yang digunakan pada versi sebelum ini pada asalnya direka untuk peranti Mac dengan cakera liut atau keras, dan tidak optimum untuk peranti mudah alih yang moden dengan penyimpanan jenis solid state. Sistem fail terbaru pada iOS 10.3 ini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan pantas kepada pengguna iOS.

APFS direka bagi menawarkan bacaan latency yang rendah, ini sekaligus akan meningkatkan kelajuan proses read dan write pada peranti iOS atau Mac. Apple sudah pun melakukan demonstrasi sistem ini semasa acara WWDC tahun lepas dengan menunjukkan bagaimana APFS menjimatkan masa pada proses salinan fail yang lebih pantas berbanding HFS +.

You might also like