
VLC Hadir Dengan Sokongan Permainan Video 360 Darjah
VLC, aplikasi pemain media yang terkenal kerana sokongan format yang meluas telah mengorak langkah untuk menambah satu lagi sokongan medium baru. Syarikat itu baru sahaja melancarkan technical preview yang membolehkan orang ramai menonton rakaman 360 darjah. Preview tersebut boleh dimuat turun untuk Windows dan Mac, versi penuh akan tiba dengan VLC 3.0, dijangka pada akhir bulan ini.
Pencipta VLC, VideoLAN bekerjasama dengan pembuat kamera 360 darjah, Giroptic untuk membangunkan sistem ini. Anda boleh menggunakan tetikus dan papan kekunci anda untuk mengawal sudut pandangan anda dalam rakaman itu.
VideoLAN berkata ciri-ciri ini boleh juga akan disediakan bagi aplikasi VLC versi mobil, ia membolehkan pengguna mengemudi sudut pandangan video dengan menggerakkan peranti. Ia juga akan menyokong peranti VR seperti Oculus Rift, Daydream Google dan HTC Vive pada tahun 2017. Aplikasi ini juga mendapat 360 darjah sokongan audio termasuk “head tracking headphones”.
Oleh kerana ia masih hanya technical preview, mereka yang ingin untuk mencuba VLC 360 harus tahu bahawa aplikasi ini mungkin masih belum stabil sepenuhnya dan mungkin akan mengalami masalah ketika digunakan.
Muat turun VLC 360

