
vcash mengumumkan kepada rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi pesta buku Big Bad Wolf (BBW) di MIECC, The Mines bermula 8 Disember – 18 Disember 2017 boleh membuat pembelian menggunakan e-wallet vcash. Ia berfungsi dengan mana-mana bank, syarikat telekomunikasi dan telefon pintar untuk transaksi yang lancar.
vcash ialah kemudahan dompet (wallet) digital pertama ditawarkan di BBW, pesta buku terkenal di Malaysia yang telah menerima sambutan baik dari rakyat Malaysia selama 8 tahun dijalankan.
Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi ini dari Google Play Store atau Apple App Store secara percuma, daftar akaun dan depositkan wang ke dalamnya. Kemudian, imbas kod QR BBW dan masukkan jumlah yang ingin dibayar untuk membuat bayaran. Semua transaksi akan dilengkapkan dengan PIN enam digit atau pengesahan cap jari demi keselamatan.
Untuk mendepositkan wang ke dalam aplikasi vcash pula, pengguna boleh mengunjungi kedai Digi untuk melakukannya di kaunter, atau menggunakan perbankan dalam talian melalui FPX atau JomPAY.
Pengunjung BBW yang menggunakan vcash yang melakukan transaksi di BBW akan menerima :
- RM10 pulangan tunai segera apabila anda membelanjakan RM150 dengan vcash.
- Depositkan RM100 ke dalam vcash dan dapatkan beg tote edisi khas secara percuma yang boleh dituntut di kaunter vcash (sementara stok masih ada).

