Samsung Lancar Bixby Marketplace, Muat Turun Pelbagai Aplikasi!

Bixby yang baru dilancarkan 2 tahun tampil sebagai pesaing kepada Assitant , Alexa dan Siri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Pelbagai fungsi baharu diperkenal saban hari.

Terbaharu, Samsung telah melancarkan  Bixby Marketplace di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Bixby Marketplace memudahkan pengguna untuk memuat turun pelbagai perkhidmatan dari pembangun pihak ketiga yang dikenali sebagai capsules.

Capsules ini disusun mengikut kategori dan membenarkan aplikasi dari pihak ketiga diguna di dalam Bixby. Pada ketika ini hanya Amerika Syarikat dan Korea Selatan sahaja yang menerima fungsi ini pada peranti Galaxy S10, Galaxy S9 dan Note 9. Jadi, sama-sama kita nantikan ketibaannya.

You might also like