Swatch Sedang Membangunkan Sistem Operasi Jam Tangan Pintar Mereka Sendiri

Pembuat jam tangan yang cukup popular, Swatch, tidak mahu bergantung kepada sistem operasi sedia ada kerana pada pendapat mereka adalah lebih baik membangunkan sistem operasi mereka sendiri di mana mereka mengawal sepenuhnya fungsi dan kemampuan sistem operasi jam tangan pintar.

Chief Executive Officer Nick Hayek berkata, sistem operasi tersebut akan siap untuk digunakan pada tahun 2018 nanti dan akan dipasangkan pada peranti Tissot. Walaupun menggunakan sistem operasi mereka sendiri, sistem yang digunakan pada Tissot masih mampu berkomunikasi dengan peranti pintar lain. Masih tiada informasi yang lebih lanjut mengenai sistem operasi yang dibangunkan Swatch, jadi jangan lupa mengikuti eRing untuk berita selanjutnya pada masa hadapan.

You might also like