Peranti Tablet Tidak Akan Menerima Google Assistant

Besar kemungkinan semua pengguna peranti Android dengan sistem operasi versi Nougat dan Marshmallow sudah mula menerima Google Assistant pada peranti mereka. Kecerdasan pintar yang dibangunkan Google ini merupakan antara pembantu peribadi terbaik di dalam pasaran dan menjadi daya penarik utama peranti Pixel semasa model tersebut dilancarkan.

Kami juga sudah menerima Google Assistant dan sangat menyukai dengan apa yang mampu ditawarkan olehnya. Namun bagi pemilik peranti jenis tablet yang mahu mendapatkan fungsi ini pasti berasa kecewa kerana Google sudah pun mengumumkan bahawa Google Assistant tidak akan dilancarkan pada peranti jenis tablet.

Malah Google juga tidak menyatakan dengan jelas sebab tindakan ini diambil dan enggan memberikan maklumat sekiranya ada perancangan untuk melancarkan Google Assistant pada tablet.

You might also like