Hai Google Allo & Duo

logoPada Google I/O yang berlangsung pada tahun 2016 yang lalu, kita diperkenalkan dengan dua aplikasi komunikasi yang terbaru dari Google, iaitu Allo dan Duo. Kedua-dua aplikasi ini menawarkan fungsi perhubungan yang bukanlah baharu, WhatsApp, Facebook Messenger, FaceTime, Skype merupakan antara aplikasi sedia ada yang menawarkan fungsi yang sama, namun setelah kami mencuba kedua-dua aplikasi ini, terdapat perbezaan yang ketara dapat dirasakan pada aplikasi ini. Ayuh kenal dengan lebih lanjut Google Allo dan Duo.

Google Allo

Google Allo adalah aplikasi mesej, sama sahaja seperti WhatsApp, iMessage dan Facebook Messenger, namun dengan sedikit keistimewaan. Ianya dilengkapi kecerdasan buatan Google Assistant. Sistem sokongan ini mampu memudahkan interaksi anda bersama-sama rakan dan menjadikan sesi sembang lebih menyeronokkan. Kami akan kongsikan beberapa ciri yang menarik, tapi sebelum itu mari lihat bagaimana untuk mendapatkan aplikasi Google Allo.

google-allo

  1. Pertama sekali anda perlulah mempunyai nombor talian mobil yang sah untuk digunakan dengan Google Allo.
  2. Muat turun aplikasi Google Allo pada peranti Android atau iOS anda.
  3. Benarkan akses yang diminta oleh aplikasi ini.
  4. Lakukan proses verifikasi dengan menggunakan nombor talian mobil anda.
  5. Lengkapkan profil dengan menetapkan gambar dan nama.

 

Apa yang anda boleh lakukan dengan Google Allo
smart-replySmart Reply

Fungsi inilah yang disebutkan pada awal artikel yang mengintegrasikan kehebatan Google Assistant di dalam aplikasi Allo. Apabila anda menerima teks dari kawan, Allo akan memberikan cadangan jawapan yang boleh dibalas. Ia sekaligus memudahkan anda untuk melakukan balasan mesej yang pantas. Selain itu apabila anda menghantar gambar kepada rakan, contohnya gambar percutian anda di pulau, Allo boleh menganalisa gambar tersebut dan memberikan respon yang sewajarnya, hebat kan!

 

 

google-assistantGoogle Assistant

Smart reply hanya memperlihatkan sedikit sahaja kehebatan Google Assistant. Untuk menggunakan sepenuhnya kehebatan teknologi ini anda boleh mengaktifkan Google Assistant dengan menaip @google pada ruangan teks, kemudian taip apa-apa sahaja informasi atau arahan yang anda mahu, pasti anda akan berseronok dengan fungsi ini.

 

 

whisper-shoutWhisper Shout

Anda juga boleh berseronok dengan teks di dalam aplikasi Allo. Selain dari fungsi stickers yang juga terdapat pada kebanyakan aplikasi, anda juga boleh menggunakan efek saiz teks. Taip teks yang anda mahu, kemudian tap dan hold butang send dan gerakkan penanda ke atas atau bawah bagi menukar saiz teks.

 

 

Google Duo

Google Duo pula menawarkan fungsi komunikasi melalui panggilan video, dan ia dilihat bersaing dari segi penawaran servis dengan Skype dan FaceTime. Google mengetengahkan antaramuka yang simple dan menu yang mudah dinavigasi, buktinya adalah aplikasi ini mempunyai saiz yang agak kecil, hanya sekitar 8MB – 9MB.

google-duo

  1. Muat turun aplikasi Google Allo pada peranti Android atau iOS anda.
  2. Proses pertama kali melancarkan Google Duo hampir sama sahaja dengan Google Allo, anda perlu membenarkan akses kepada aplikasi dan melakukan proses verifikasi.

 

 

 

Fungsi Istimewa Google Duo
menu-mudahMenu mudah

Amat mudah untuk menggunakan aplikasi Google Duo, sebaik sahaja melancarkan aplikasi anda akan terus dapat melihat paparan kamera hadapan dan butang panggilan. Tap butang tersebut dan pilih contact yang mahu dihubungi dan anda akan terus disambungkan dengan mereka.

 

 

knock-knockKnock Knock

Knock Knock bertindak seperti fungsi privasi. Apabila anda menerima sebarang panggilan video, anda boleh melihat video semasa panggilan sebelum anda menjawab panggilan video tersebut. Knock Knock hanya berfungsi apabila anda sudah menyimpan nombor panggilan rakan anda di dalam smartphone. Selain daripada menawarkan sedikit fungsi privasi, Knock Knock menjadikan fungsi panggilan video pantas dan seamless, sebaik sahaja panggilan video dijawab, anda terus dapat melihat rakan anda pada skrin tanpa selangan skrin hitam ataupun menu loading.

You might also like