

Dalam misinya untuk menyediakan ‘Akses Kewangan Dipermudah’, ShopeePay memangkinkan perkhidmatan kewangan asas melalui kerjasama dengan iFAST Capital Sdn Bhd (“iFAST Capital”) untuk memperkenalkan servis pelaburan yang ringkas dan mesra pengguna bagi membantu rakyat Malaysia memulakan perjalanan pelaburan mereka.
Dengan pelancaran ShopeePay Invest dalam aplikasi ShopeePay dan Shopee, pengguna boleh mula melabur dengan mudah dan jelas, dari hanya RM10 tanpa had pelaburan. Untuk masa terhad, pengguna juga boleh menikmati caj jualan 0% bagi semua pelaburan dana sebagai tawaran pengenalan. Maksudnya, anda boleh mula melabur tanpa sebarang caj tambahan!
Melalui kerjasama dengan iFAST Capital, pengguna ShopeePay Invest kini boleh mengakses peluang pelaburan global melalui 38 dana terpilih. Ini termasuk pasaran antarabangsa dan tempatan, tema sektoral serta pilihan patuh Syariah.
NOTA PENTING: ShopeePay Invest sedang dilancarkan secara berfasa dan akan tersedia untuk semua pengguna pada 29 Oktober 2025.
Pulangan Lumayan Untuk Pelaburan Anda!
Bagi meraikan pelancaran ini, ShopeePay memperkenalkan kempen promosi dengan tawaran hadiah seperti iPad Pro, Apple Watch Series 10 dan kredit e-Dompet ShopeePay. Kelayakan adalah automatik bagi pengguna yang melabur minimum RM500 sebelum 1 Disember 2025 dan mengekalkan pelaburan tersebut sehingga tempoh pegangan berakhir pada 31 Januari 2026.
Berikut adalah butiran kempen:
| Kelayakan Penyertaan | Hadiah |
| Mengekalkan sekurang-kurangnya RM500 dalam pelaburan bersih merentasi mana-mana dana. | x1 Pemenang: Apple iPad Pro 11-incix1 Pemenang: Pembersih Vakum Dysonx1 Pemenang: Apple Watch Siri 10×20 Pemenang: Kredit e-Wallet ShopeePay RM50 |
Pemenang akan diumumkan pada 12 Februari 2026. Sila layari https://shopee.com.my/m/shopeepayinvestpromo untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini.
Berkongsi mengenai pelancaran ShopeePay Invest, Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay berkata, “Kami memahami bahawa kesejahteraan dan pertumbuhan kewangan adalah cabaran bagi sesetengah warga Malaysia. Sebab itu, ShopeePay komited untuk memperluas akses kewangan dan memudahkan semua orang untuk mengawal perjalanan kewangan mereka sendiri.”
“Produk ini direka khas untuk membantu pelabur kali pertama memulakan perjalanan pelaburan dengan mudah dan penuh keyakinan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk komuniti yang sebelum ini tidak berpeluang untuk berasa lebih yakin untuk meningkatkan kemahiran kewangan mereka. Kami berbangga menjadi titik permulaan dalam perjalanan tersebut.”
Pengguna boleh mengakses ShopeePay Invest melalui laman utama aplikasi ShopeePay, atau di aplikasi Shopee dengan memilih halaman ‘Saya’ > ‘ShopeePay’ di bawah Wallet Saya, yang akan terus membawa mereka ke halaman ShopeePay Invest.
“Kami berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan ShopeePay di bawah inisiatif Recognized Market Operator (RMO),” kata Dennis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif iFAST Malaysia, syarikat induk kepada iFAST Capital. “Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk memperkasa dan mendidik lebih ramai rakyat Malaysia agar mengambil langkah pertama dalam menyimpan dan melabur, walaupun dengan jumlah permulaan yang rendah. Dengan menggabungkan kemudahan digital dan penyelesaian kewangan yang mudah diakses, kami berhasrat membantu lebih ramai individu membentuk tabiat kewangan yang sihat dan berkekalan. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan syarikat pengurusan dana kami atas sokongan mereka dalam menjayakan inisiatif ini.”
Pelancaran ini menyokong misi ShopeePay ‘Akses Kewangan Dipermudah’, yang bertujuan menjadikan produk kewangan lebih mudah diakses oleh semua. Dengan inisiatif ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat memulakan perjalanan pelaburan mereka dengan lebih yakin. Untuk maklumat lanjut tentang ShopeePay Invest dan kempen promosi, sila layari https://shopee.com.my/m/shopeepayinvestpromo.
###
Tentang ShopeePay
ShopeePay adalah hab kewangan digital sehenti bagi rakyat Malaysia yang membolehkan pengguna melakukan transaksi harian, membuat pembelian secara ansuran, mendapatkan perlindungan insurans atau takaful serta mengembangkan kekayaan melalui ShopeePay Invest (dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia). ShopeePay memudahkan pembayaran pantas di kedai-kedai, sama ada dalam talian mahupun luar talian. Dengan pilihan SPayLater, pengguna boleh memecahkan bayaran yang lebih besar dan memilih pelan pembayaran fleksibel yang mengikut keperluan mereka.
Membawa rakyat lebih dekat kepada akses kewangan, ShopeePay memenuhi pelbagai keperluan harian termasuk pembayaran bil, polisi insurans dan pemindahan dana. Dengan mengurangkan kerumitan serta mengoptimumkan pengalaman pengguna, ShopeePay berusaha untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang mudah diakses dan ringkas kepada semua rakyat Malaysia.
Tentang iFAST Capital
iFAST Capital ialah anak syarikat milik penuh iFAST Malaysia Sdn Bhd dan kedua-duanya merupakan sebahagian daripada iFAST Corporation. iFAST Corporation Ltd ialah platform perbankan digital dan pengurusan kekayaan global yang tersenarai di Singapore Exchange (SGX), dengan jumlah aset di bawah pentadbiran (AUA) kira-kira S$27.20 bilion (dalam anggaran RM 90 bilion) setakat 30 Jun 2025. Ditubuhkan pada tahun 2008, iFAST Capital komited menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan pelaburan yang menyeluruh kepada firma penasihat kewangan, institusi kewangan, bank, syarikat multinasional, serta pelabur runcit dan pelabur bernilai bersih tinggi.
Menerusi platform B2C (FSMOne) serta penyelesaian B2B yang kukuh, iFAST Capital menyediakan akses kepada pelbagai produk pelaburan berbilang aset termasuk unit amanah, bon dan Sekuriti Kerajaan, saham, ETF, serta produk insurans. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pengurusan kekayaan digital, penyelidikan dan seminar pelaburan, infrastruktur fintech, dan perkhidmatan pentadbiran transaksi dan pelaburan secara menyeluruh.
Sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, iFAST Capital kekal di barisan hadapan inovasi kewangan—dengan komitmen terhadap ketelusan, kebolehcapaian, dan usaha memperkasa rakyat Malaysia dalam perjalanan kewangan mereka.

