
iPhone XR Adalah Model Paling Laris Di Dunia Pada Suku Ketiga Tahun 2019
Menurut Pulse Market Counter Counterpoint, iPhone XR adalah model paling laris di dunia pada suku ketiga tahun 2019 – dengan menguasai bahagian pasaran sebanyak 3%. Sejak pelancarannya pada September 2018, iPhone XR telah pun menjadi model paling laris di peringkat global pada setiap suku bermula Q4 2018.

iPhone XR menyumbang lebih satu perempat daripada jumlah hasil jualan Apple pada suku itu – sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu model Apple terlaris di seluruh rantau. Apple juga telah mengemas kini harga model ini di China dan beberapa pasaran lain – sekaligus bantu dalam mengukuhkan jualan model tersebut pada suku berkenaan.

Selain iPhone XR, antara peranti pintar paling laris lain dalam 10 teratas termasuklah 3 model dari Samsung iaitu Samsung Galaxy A10, Samsung Galaxy A50 dan Samsung Galaxy A20. Kemudian diikuti dengan Oppo menerusi model OPPO A9, OPPO A5s dan OPPO A5. Tidak ketinggalan, HUAWEI P30 dan Redmi 7A juga meraih tempat dalam senarai itu.

