[Ura-Ura] : Pelindung Skrin Bocor! Adakah Ini Perbezaan Saiz & Bezel Untuk Siri Samsung Galaxy S20?

Berita ketirisan mengenai pewaris baru Samsung – Samsung Galaxy S20 terus menjadi bualan dan dilihat semakin hangat. Terbaru, muncul satu maklumat mendedahkan bahawa rekaan pelindung skrin didakwa memaparkan ketiga-tiga model ini telah muncul di arena web.

Imej tersebar, Samsung dilihat seakan – akan bakal mengekalkan saiz bezel yang nipis untuk siri kali ini. Seterusnya, jika diteliti siri ini memiliki dimensi yang tidak jauh berbeza. Selain itu, ketiga-tiganya juga dilihat memiliki lengkungan pada sisi kiri dan kanan dengan potongan membulat pada bahagian bucu.

Tiada sebarang lubang kamera dilihat pada skrin pelindung ini – sekaligus ramai berspekulasi ia bakal hadir dengan rekaan Infinity – O. Walau bagaimanapun,  maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

______________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like