
Sarung Pelindung Siri Samsung Galaxy S11 Tertiris! Rekaan Kamera Tu…

Ura-ura di laman sesawang mengenai reka bentuk siri Samsung Galaxy S11 tidak pernah berhenti, sebelum ini diketahui ia bakal menggunakan sensor 108MP pada lensa kamera, serta sokongan 5x optikal zum.

Terkini, gambar acah siri Galaxy S11 telah tersebar di laman sesawang termasuk juga sarung pelindung untuk siri baharu ini.

Melalui perkongsian kali ini, jelas kelihatan siri Galaxy S11 akan menggunakan rekaan kamera yang banyak dan tidak teratur. Apakah fungsi yang bakal dibekalkan pada lensa yang banyak-banyak ini? Kita nantikan info lebih lanjut.
BACA JUGA…

