[Ura-Ura] : Samsung Galaxy S11 Bakal Dibekalkan Dengan Sensor 108MP Yang Baru – Prestasi Ditambah Baik!

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan, Samsung Galaxy S11 bakal membawakan tetapan empat kamera utama – salah satu lensa bakal membawakan sensor sebesar 108MP. Ramai yang berspekulasi bahawa ia bakal menggunakan sensor ISOCELL Bright HMX yang dibangunkan dengan kerjasama Xiaomi.

Namun, spekulasi ini ternyata salah apabila terdapat dakwaan mengatakan Samsung akan menggunakan sensor 108MP yang baru. Pun begitu, maklumat lanjut mengenai sensor ini masih tidak dijelaskan dan ia berkemungkinan menjadi model yang lebih baru daripada sebelum ini – termasuk keupayaan prestasi kamera pada pencahayaan rendah dan video 6K lossless.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesasihannya. Samsung Galaxy S11 dijangka bakal membuat kemunculan pada bulan Februari tahun hadapan dan bakal dibekalkan dengan spesifikasi yang lebih mantap. Sama-sama kita tunggu!

You might also like