Motorola Buang Harga Moto G5 Plus – Kini RM1,099

Sejak pengenalan Moto G5 Plus pada bulan Mei yang lalu, Motorola Malaysia telah menerima sambutan yang baik di kalangan pengguna di Malaysia. Bagi melanjutkannya, Motorola mengadakan satu promosi eksklusif di Lazada bermula 25 September (hari ini) sehingga 2 Oktober depan menawarkan Moto G5 Plus pada harga RM1,099.

Potongan harga sebanyak RM200 ini juga ditambah lagi dengan hadiah istimewa merupakan sarung boleh lipat, Motorola Pulse 2, fon kepala, jaminan lanjutan, dan perlindungan kerosakan tidak sengaja bernilai RM676.

Promosi ini kini sah di Lazada bermula 25 September sehingga 2 Oktober depan. Moto G5 Plus didatangkan bersama pilihan warna Fine Gold dan Lunar Gray.

You might also like