Rasmi!! Moto G5 Plus Dilancarkan Pada Harga RM1,299

(Dari Kiri) Teoh Eu Jin, Marketing Manager for Mobile Business Group, Lenovo Malaysia; Francis Wong, Sales Lead for Mobile Business Group, Lenovo Malaysia; dan Stephy Lim, Head of Electronics, Lazada Malaysia merasmikan Moto G5 Plus, peranti ini akan dijual di atas talian Lazada secara eksklusif.

Jenama di bawah syarikat Lenovo ini, memperkenalkan Moto G5 Plus di pasaran Malaysia selepas penampilannya di MWC 2017 yang lalu. Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan spesifikasi seperti paparan bersaiz 5.2 inci HD penuh, set cip Qualcomm Snapdragon 625, RAM sebanyak 4GB, storan dalaman 32GB yang menyokong kad microSD sehingga 128GB serta slot triple (nano1 + nano2 + microSD).

Kamera yang digunakan pada bahagian belakang mendapat sensor 12 Megapiksel dwi AutoFocus dengan F/1.7 aperture bersama dua LED flash, pada bahagian depan pula menerima kamera 5 Megapiksel sudut lebar dengan F/2.2 aperture.

Kemasan bodi logam ini disediakan dengan dua pilihan warna Lunar Gray dan Fine Gold, termasuk peranti ini juga kalis percikan air jenis Nano Coating. Kapasiti bateri 3,000mAh juga hadir dengan teknologi pengecasan pantas TurboPower™ dengan 15 minit pengecasan untuk 6 jam penggunaan.

Slot triple: nano SIM 1 + nano SIM 2 + microSD

Moto G5 Plus menggunakan platfom Android 7.0 Nougat dan dijual pada harga RM1,299 yang boleh di pra-tempah secara eksklusif hanya di Lazada bermula 29 Mei sehingga 4 Jun 2017.

Setiap pra-tempah, pembeli akan mendapat jaminan Moto Care bernilai RM199, sarung peranti jenis boleh lipat dan pelindung skrin bernilai RM99 selagi stok masih ada. Sementara, pembeli yang berminat untuk membeli selepas program pra-tempah, boleh kunjungi laman sesawang Lazada bermula 5 Jun dan diberi sarung peranti boleh lipat serta pelindung skrin bernilai RM99.

SPESIFIKASI
  • Android 7.0 Nougat
  • Qualcomm Snapdragon 625 Octa-core 2.0GHz
  • 4GB RAM & 32GB ROM
  • Sokongan kad microSD (sehingga 128GB)
  • IPS LCD 5.2” 1080p (424ppi) Corning Gorilla Glass
  • 3,000mAh TurboPower™
  • Kamera belakang 12MP dwi AutoFocus, F/1.7 aperture, dwi LED flash
  • Kamera depan 5MP, lensa sudut lebar F/2.2 aperture
  • Video menyokong sehingga 4K
  • Berat 155g
You might also like