Reviu Eksklusif: OPPO R9s Plus, Model Peningkatan Lebih Berkuasa

HARGA: RM 2,498

OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun ini telah membawakan kejayaan yang baik buat OPPO. Edisi Merah Valentine telah habis dijual di atas talian di dalam masa 48 jam sahaja selepas pra-tempahan bermula, dan telahpun habis dijual di kedai OPPO sebelum ianya dijual secara rasmi. Kini OPPO kembali dengan versi terbaru, OPPO R9s Plus yang lebih besar dan berkuasa. Ingin mengetahui sama ada smartphone ini benar-benar berkuasa ataupun tidak, lihat reviu eksklusif kami.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI SMARTPHONE INI?!

01# Paparan Skrin Lebih Besar

Bagi mereka yang gemar menggunakan smartphone dengan paparan skrin besar, OPPO R9s Plus pastinya pilihan yang tepat. Walaupun menampilkan skrin berukuran 6.0 inci, ianya masih di dalam kategori nipis iaitu 7.35mm dan seberat 185g. Malah smartphone ini masih selesa walaupun dipegang menggunakan sebelah tangan.

 

 

02# Kapasiti Bateri Li-ion Sebesar 4000mAh

Sesuai dengan namanya sebagai model peningkatan, OPPO menawarkan kapasiti bateri yang besar pada R9s Plus iaitu kapasiti 4000mAh berbanding hanya 3010mAh pada model sebelum ini. Lebih menarik lagi, ianya turut menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge yang turut tersedia pada model sebelum ini.

 

03# Pemproses & RAM Dipertingkatkan

Bagi yang gemar bermain permainan HD di dalam smartphone, OPPO R9s Plus patut dimiliki! Selain dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 653 MSM8976, ianya menyokong RAM sebesar 6GB, berbanding hanya 4GB RAM pada model sebelum ini. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda bermain permainan HD di dalamnya.

 

04# Sokongan Dual LED & OIS+ Pada Penggambaran

OPPO R9s Plus dikuasakan dengan kamera belakang 16 Megapiksel IMX398 yang dibangunkan bersama OPPO dan SONY, kamera ini dilengkapi f/1.7 aperture dengan teknologi fokus dwi-PDAF. OPPO juga turut memperkenalkan beberapa fungsi yang baru, iaitu Penstabilan Imej Optik Plus (OIS+) dengan kawasan anti-getar yang lebih baik berbanding dengan OIS yang biasa terdapat di pasaran.

 

APA YANG COOL?!

Penggambaran

Versi terbaru, OPPO R9s Plus menggunakan sensor SONY IMX398 yang menawarkan 16 Megapiksel resolusi, ia dibangunkan bersama SONY dan OPPO. Ia mempunyai ukuran aperture f/1.7 yang berkebolehan memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya.

Satu tambahan baru pada R9s Plus adalah ciri OIS+ yang direka dengan kawasan anti-getar yang lebih besar sebanyak 40%. Ini bermakna R9s Plus mampu mengendalikan lebih baik getaran sambil mengekalkan kualiti imej.

Kamera Utama
Kamera Hadapan

Sama seperti OPPO R9s, kamera belakang R9s Plus menggunakan teknologi Dwi-PDAF, menawarkan prestasi yang lebih baik dari standard PDAF. Hasilnya, kamera mampu meletakkan fokus dengan lebih cepat dan tepat.

Menurut OPPO, Dwi-PDAF akan lebih mengagumkan apabila anda menggunakan kamera di kawasan yang mempunyai cahaya terhad, di mana anda akan merasakan perbezaan yang ketara di antara kamera R9s Plus dan smartphone lain yang mempunyai standard PDAF.

 

 

 

ZONE UJIAN

Pengecasan Pantas

Ingin mengetahui sejauh mana kepantasan mengecas yang OPPO R9s Plus jika dibandingkan dengan OPPO R9s? Kami telah mencuba mengecas peranti ini menggunakan teknologi VOOC Flash Charge, mari lihat keputusan ujian.

❶ Kedua-dua smartphone mula dicas apabila bateri tinggal 10%.

❷ Untuk 30 minit pertama, bateri OPPO R9s Plus meningkat sebanyak 60% dan OPPO R9s meningkat kepada 74%.

❸ Selepas 45 minit mengecas, bateri OPPO R9s Plus meningkat kepada 80%, manakala peningkatan OPPO R9s pula sebanyak 90%.

❹ Untuk mengecas penuh OPPO R9s Plus berkapasiti 4000mAh, ia mengambil masa selama 1 jam 15 minit dan OPPO R9s dengan bateri sebesar 3010mAh adalah 1 jam 10 minit.

 

Prestasi Benchmark

HASIL GAMBAR

Indoor
Makro
Night Mode
Senja

 

KOMEN EDITOR

Berbeza dengan model keluaran OPPO sebelum ini, jelas dapat dilihat bahawa model R9s Plus adalah sebuah smartphone versi peningkatan yang berkuasa. Bahkan kami amat tertarik dengan sokongan spesifikasi yang berkuasa serta penyediaan pelbagai fungsi menarik yang dimiliki oleh R9s Plus. Ternyata ianya sangat berbaloi untuk dimiliki kerana menyokong bateri lebih besar berkapasiti 4000mAh dengan sokongan VOOC Flash Charge, pemproses Octa-core berkelajuan 1.9GHz, memori RAM 6GB serta pengimbas cap jari yang pantas.

Walaupun masih mengekalkan penggambaran yang sama seperti model sebelum ini, kali ini R9s Plus hadir dengan teknologi fokus dwi-PDAF serta Penstabilan Imej Optik Plus (OIS+) dengan kawasan anti-getar yang lebih baik berbanding sebelum ini. Secara kesimpulannya, OPPO R9s Plus sememangnya sangat berbaloi untuk dimiliki sekiranya anda mahukan sebuah smartphone berkuasa dengan kapasiti bateri yang besar dan menyediakan pelbagai fungsi menarik.

You might also like