Sokongan Pelbagai Lokasi Sudah Tiba Pada Aplikasi Google Maps

2Google Maps versi web sudah lama membenarkan pengguna untuk memasukkan pelbagai destinasi untuk carian lokasi dan navigasi, dan kini nampaknya Google sudah bersiap sedia membawakan fungsi tersebut ke versi aplikasi mobil.

1Melalui fungsi terbaru ini anda boleh menetapkan beberapa lokasi sepanjang perjalanan yang perlu anda singgah sebelum tiba ke destinasi terakhir, dengan ini perjalanan anda lebih lancar dan teratur. Buat masa kini, fungsi tersebut hanya ditawarkan kepada Google Maps untuk sistem operasi Android sahaja dan masih tiada berita sama ada ianya akan ditawarkan kepada sistem operasi iOS.

 

You might also like