
Huawei Membangunkan Sistem Operasi Sendiri
Dunia smartphone, khususnya jika kita berbincang tentang sistem operasi telah dimonopoli oleh dua nama sejak sekian lama. iOS dan Android merupakan dua nama yang saling bersaing pada peringkat tertinggi dengan lain-lain sistem operasi dilihat hanya pesaing luar.
Walaupun begitu, iOS dan Android mungkin akan menerima pencabar baru kerana Huawei dilaporkan sudah mula membangunkan sistem operasi mereka sendiri. Huawei juga dilaporkan amat serius dalam usaha tersebut dengan melantik Abigail Brody, bekas eksekutif Apple untuk memacu usaha syarikat tersebut.
Persaingan seperti ini amat bagus bagi pengguna kerana kita bakal mempunyai lebih banyak pilihan dan syarikat akan bersaing sesama sendiri dalam menghasilkan sistem operasi yang lebih sempurna untuk pengguna.