Vivo Y91i Yang Dipertingkatkan Kepada 32GB ROM Kini Tersedia Bermula 26 Januari, Harga Pada RM599

Berita baik buat peminat vivo yang ingin memiliki vivo Y91i yang telah dipertingkatkan dengan 32 GB ROM akan tersedia di Malaysia bermula 26 Januari pada harga RM599. Apa yang lebih menarik, anda akan mendapat vivo speaker secara percuma bagi pembelian vivo Y91i. Namun ia berdasarkan konsep siapa cepat dia yang dapat.

Vivo Y91i didatangkan dengan paparan Halo FullView 6.22 inci yang merupakan skrin terbesar bagi julat harga telefon. Pengalaman tontonan juga dipertingkatkan dengan nisbah skrin ke kerangka adalah 88.6%.

Ia juga turut disertakan dengan pengecaman cap jari dan dilengkapi dengan pengecaman wajah yang lebih mudah.

Dari aspek bateri pula, ia disertakan dengan kapasiti 4030mAh yang mampu untuk bertahan lama. Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 13MP pada kamera utama dan 2MP kamera kedua.

Telefon ini tersedia di semua vivo Concept Stores, pengedar sah dan rakan koloborasi serta di atas talian di laman sesawang Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan Vivo Store.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah melayari Vivo malaysia Di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Baca juga: 

 

You might also like