vivo Perkenal APEX 2019, Telefon Pintar 5G Pertama vivo

1783
- Iklan -

Vivo hari ini memperkenalkan konsep telefon pintar APEX 2019. Telefon 5G pertama vivo ini menawarkan keunikan rekaan dengan permukaan melengkung Waterdrop Glass dan tanpa bukaan dan bezel pastinya memberikan pengalaman yang menakjubkan.

Telefon ini dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855. Turut disertakan dengan memori besar iaitu 12GB + 256GB yang disertakan dengan pembantu kecerdasan buatan Jovi dan pelbagai lagi fungsi lain.

Peranti ini juga turut dilengkapi dengan teknologi pengesanan cap jari di atas paparan penuh yang mana sensor meliputi hampir keseluruhan paparan. Hal ini membenarkan pengguna untuk menyentuh hampir di mana sahaja pada skrin untuk membuka peranti tersebut.

Ia juga turut dibantu Fungsi Lampu Cap Jari canggih vivo. Ketika jari pengguna berada hampir pada paparan, piksel mengelilingi titik sentuhan akan secara automatik menyala sebagai sumber cahaya tambahan untuk membantu mendapatkan imej cap jari yang jelas.

APEX 2019 turut memperkenalkan rekaan FullViewTM. Telefon ini telah membuang kesemua butang dan menggunakan teknologi Touch Sense yang memberikan pengalaman yang berbeza. Sensor tekanan tersebut boleh mengenal pasti jika pengguna menekan frame dan sentuhan kapasitif boleh menentukan posisi dan memberikan lebih ketepatan.

Port USB pula digantikan dengan MagPort yang merupakan magnetic power connector yang membenarkan pengecasan dan pemindahan data.

Peranti ini juga turut menjadikan paparan sebagai speaker dengan menggunakan teknologi Body Sound Casting yang menukar keseluruhan paparan APEX 2019 kepada speaker melalui fungsi getaran skrin.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang vivo.

 

______________________________________

Baca juga: