vivo Y91 Tersedia Di Malaysia Bermula 5 Januari 2019 – Harga RM799

5607
- Iklan -

Berita baik buat semua! vivo ingin memeriahkan momen tahun baru anda dengan mengumumkan bahawa vivo Y91 bakal tersedia secara rasmi di pasaran tempatan bermula 5 Januari depan! Lebih mengujakan, harga yang ditawarkan sangat mampu milik iaitu RM 799 SAHAJA!

Bagi yang berminat, vivo Y91 boleh di dapati melalui kedai-kedai konsep vivo, pengedar-pengedar sah vivo atau gedung membeli belah atas talian seperti vivo Store, Lazada, Shopee, 11street dan Lmall.

vivo Y91 membawakan rekaan skrin bertakuk kecil pada saiz 6.22 inci dan menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 88.6%. Melengkapinya adalah cip pemproses Mediatek Helio P22, memori sebesar 3GB RAM + 64GB ROM (boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui kad memori), bateri 4,030 mAh, kamera utama : 13MP +2MP dan kamera hadapan : 8MP.