[ Video Promo ] Nokia 9 PureView – Rekaan 5 Kamera Di Bawah Sokongan ZEISS

Semakin dekat semakin banyak berita tertiris di laman web, terbaru selepas beberapa hari sahaja HMD Global mengumumkan kehadiran Nokia 9 PureView, satu video promosi tersebar lagi jelas memperlihatkan teknologi yang dibawakan oleh peranti flagship ini.

Melalui video tertiris, rekaan Nokia 9 PureView yang hadir dengan 5 lensa di panel belakang jelas nampak ianya disokong oleh ZEISS Optics. Apa yang mengagumkan adalah kuasa penggambaran pada peranti ini akan membawa dunia peranti pintar ke satu tahap yang lebih menakjubkan.

Selain itu, paparan skrin bersaiz 5.99 inci PureDisplay beresolusi 2K dibekalkan pada Nokia 9 PureView. Penggunaan cip pemproses adalah dari Qualcomm Snapdragon 845, bersama 6GB RAM dan 128GB ROM.

Lebih menarik, menurut sumber Nokia 9 PureView juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi (Qi Wireless Charging), pengimbas cap jari dalam skrin dan sistem operasi Android One. Walaupun masih tidak tahu tarikh pelancaran yang sebenar, namun kita boleh layan video promosi ini dahulu. Jom~

 

______________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

 

You might also like