Kali Ini Giliran Sarung Pelindung Nokia 9 Tertiris?!

1011
- Iklan -

Sejak terdedah reka bentuk Nokia 9 yang dikhabarkan bakal tampil pada 5 Disember nanti, semakin menjadi kenyataan penggunaan lima lensa pada panel belakang setelah sebilangan gambar sarung pelindung bagi model ini turut bocor di laman sesawang baru-baru ini.

Gambar bocor sarung pelindung ini selain memperlihatkan lima lensa yang masing-masing dipercayai terdiri daripada lensa utama, telefoto, sudut lebar, bokeh dan monokrom, turut hadir penggunaan 3.5mm audio jack yang digemari ramai pada bahagian atas, sementara bahagian bawah adalah USB Type-C.

Spesifikasi Nokia 9 yang terdedah sebelumnya masih tidak diketahui kesahihannya, kita nantikan perasmian dari HMD Nokia bulan Disember kelak.

______________________________________________________________

Baca Juga: