
Fizikal, Hasil Gambar & Benchmark Google Pixel 3 Lite Tertiris – Menampilkan Rekaan Kerangka Plastik?!


Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL telahpun dilancarkan secara rasmi pada Oktober yang lalu dan ia hadir dengan rekaan panel belakang dengan kemasan kaca yang agak unik. Dalam diam rupanya Google dilaporkan bakal hadir dengan satu lagi varian untuk siri Pixel 3, dan perkara ini telah dikongsikan melalui ketirisan gambar yang dikongsikan oleh media di Rusia.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh sumber, Google Pixel 3 Lite yang menggunakan nama kod ‘Sargo’ ini menampilkan rekaan yang sama seperti Pixel 3. Namun begitu, perkara utama yang jelas dapat dilihat adalah penggantian panel belakang kaca dengan plastik.
[UJIAN BENCHMARK]

Google Pixel 3 Lite dilengkapi paparan skrin bersaiz 5.56-inci IPS LCD FHD+ tanpa takuk, dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 670 (10nm), kombinasi memori 4GB + 32GB (UFS 2.1/eMMC 5.1) serta tiada slot kad memori. Selain itu, bateri berkapasiti 2915mAh truut diserikan dengan sokongan Quick Charge 4.0+, kamera swafoto 8MP dan juga kamera utama 12MP sama seperti siri Pixel 3 sebelum ini.
[HASIL GAMBAR]


