Huawei Bakal Perkenal Rekaan Paparan Boleh Lipat, Skrin Lebih Besar Daripada Samsung?

1081
- Iklan -

Sebelum ini, Samsung telah memaparkan rekaan paparan lipat mereka pada persidangan Samsung Developer Conference (SDC) 2018 yang diadakan baru-baru ini. Kini, terdapat pula desas desus yang mengatakan bahawa Huawei juga akan melakukan perkara yang sama.

Rekaan Paparan Lipat Samsung Pada Persidangan SDC 2018

Menurut sumber, Huawei dijangka bakal memperkenalkan telefon pintar dengan paparan boleh lipat mereka pada acara Mobile World Congress (MWC) 2019 yang akan berlangsung di Barcelona pada Februari depan.

Difahamkan, telefon pintar tersebut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G padanya, namun sehingga kini tiada sebarang maklumat lanjut mengenai nama telefon pintar tersebut yang diperoleh.

[Desas-Desus] – Paparan Boleh Lipat Keluaran Huawei

Terdapat juga ura-ura mengatakan, telefon pintar ini mempunyai paparan bersaiz 8 inci apabila dalam mod tablet dan 5 inci apabila ianya dilipat untuk digunakan sebagai telefon biasa. Ia secara jelas menunjukkan bahawa, telefon pintar ini lebih besar berbanding peranti sama rekaan Samsung.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran mengenai berita ini? Sama-sama kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak!

[SUMBER]