
Bakal memudahkan pengguna dalam urusan pembayaran tol dari tidak berlaku kesesakan, PLUS Malaysia Berhad menerusi laman rasmi mereka telah mengumumkan kehadiran sistem Radio Frequency Identification (RFiD) tidak lama lagi.
Sistem RFiD ini bakal diuji bermula 15 Disember 2018 dan pada diperingkat awal ia digunakan pada 4 Plaza tol terlebih dahulu iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Kubang Semang (BKE), Plaza Tol Lunas (BKE) dan juga Plaza Tol Jitra.
Menggunakan kaedah Open Payment di mana bayaran tol akan ditolak terus dari akaun bank (kad debit dan kredit) yang bekerjasama dengan pihak PLUS. Berbeza dengan sistem RFiD yang digunakan oleh Touch N’ Go kerana pengguna perlu mempunyai akaun e-Dompet yang diuruskan sendiri oleh syarikat pengendali berkenaan. Kepada yang berminat untuk mendaftar, anda boleh ke laman rasmi PLUS.

