
Kemunculan semula peranti Alcatel di pasaran tempatan dibawa masuk oleh TCL Communication, dengan melancarkan tiga peranti baharu yang terdiri daripada Alcatel 5V, Alcatel 3L dan Alcatel 1. Ketiga-tiga peranti ini ditawarkan pada harga kurang daripada RM900, tetapi dengan spesifikasi terkini yang tidak kurang hebatnya.
Alcatel 5V adalah peranti yang diutamakan pada pelancaran kali ini, ia hadir dengan paparan skrin 6.2 inci FullView Display binaan TCL sendiri. Seperti peranti lain di pasaran, ia juga mempunyai skrin takuk dengan nisbah 19:9 yang mampu mencapai skrin-ke-kerangka sehingga 88%.
Kuasa dalaman dijana dengan MediaTek MT6762 Octa-core, 3GB RAM dan 32GB ROM dibawah sistem operasi Android Oreo, serta kapasiti bateri yang besar iaitu 4,000mAh. Bagi penggambaran pula, Alcatel 5V melengkapkan dwi AI kamera utama 12MP + 2MP yang mampu mengenalpasti 11 senario, manakala 8MP kamera hadapan juga berfungsi sebagai pengecaman wajah Face Key.

Alcatel 5V ditawarkan pada harga RM898, mempunyai Spectrum Black dan Spectrum Blue sebagai pilihan warna. Dua lagi peranti baharu iaitu Alcatel 3L dan Alcatel 1 masing-masing dijual pada harga RM498 dan RM298 (harga sebelum SST), boleh didapati di laman e-dagang 11Street dan Shopee, serta kedai rasmi di seluruh negara mulai sekarang.

Spesifikasi Alcatel 3L
- Android Oreo
- MediaTek MT6739 Quad-cores
- 5.5 inci HD+ 1440 x 720 piksel
- 2GB RAM + 16GB ROM
- Bateri 3,000mAh
- Kamera utama 13MP, f/2.0 aperture, PDAF, LED Flash
- Kamera hadapan 5MP, f/2.4 aperture
- Slot SIM hybrid, Face Key
- Metallic Black, Metallic Blue
- Harga RM498 (sebelum SST)

Spesifikasi Alcatel 1
- Android Oreo (Go Edition)
- MediaTek MT6739 Quad-core
- 5.0 inci HD 960 x 480 piksel
- 1GB RAM + 8GB ROM
- Bateri 2,000mAh
- Kamera utama 5MP, LED Glash
- Kamera hadapan 2MP, LCD Flash
- Slot SIM hibrid, Bluetooth v4.2
- Soft Suede Collection
- Harga RM298 (sebelum SST)