
Siri Redmi K30 Rasmi – Hadir Bersama Sensor Sony 64MP IMX686 Harga Bermula RM946
Topik perbualan Redmi K30 kini dikenalpasti dengan pengenalan rasmi pada hari ini, ia hadir dalam 2 pilihan iaitu 4G dan 5G dengan tawaran harga bermula RM946.
Siri Redmi K30 mempunyai reka bentuk yang sangat menawan, ia dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 765G bagi varian 5G, manakala Snapdragon 730G bagi varian 4G. Bagi ruangan memori pula, ia tersedia dalam pilihan 6GB/8GB RAM dan 128GB/256GB ROM.
Prestasi ketahanan juga tidak kurang hebat, Redmi K30 dipadankan dengan kapasiti bateri sebesar 4,500mAh bersama sokongan pengecasan pantas 30W (27W untuk varian 4G). Tambahan menarik, pengimbas cap jari terletak pada sisi peranti.
Beralih ke prestasi penggambaran, siri Redmi K30 terkenal dengan sensor Sony 64MP IMX686 kerana ia merupakan peranti pertama yang menggunakannya di pasaran. Selain sensor hebat, kombinasi kuad kamera di panel belakang dipadankan dengan 8MP Ultra wide-angle + 5MP Macro (4G: 2MP Macro) + 2MP Depth, sementara kamera swafoto diletakkan 20MP + 2MP lensa.
Redmi K30 hadir dengan paparan skrin sebesar 6.67” Full HD+, sokongan kadar segar 120Hz padanya menjadikan ia pertama digunakan pada peranti Redmi. Siri Redmi K30 terdapat 4 empat pilihan warna, iaitu Purple Jade, Deep Sea Gleam, White dan Reddish Orange.

Tawaran harga seperti berikut:
Redmi K30 5G l Ketersediaan Januari 2020
★ 6GB 64GB: RMB1999(~RM1,183)
★ 6GB 128GB: RMB2299 (~RM1,360)
★ 8GB 128GB: RMB2599 (~RM1,538)
★ 8GB 256GB: RMB2899 (~RM1,715)
Redmi K30 4G
★ 6GB 64GB: RMB1599 (~RM946)
★ 6GB 128GB: RMB1699 (~RM1,005)
★ 8GB 128GB: RMB1899 (~RM1,123)
★ 8GB 256GB: RMB2199 (~RM1,301)

