
XOX MOBILE berbesar hati memperkenalkan kedai flagship pertama mereka di Sunway Pyramid, dengan konsep perniagaan baru yang telah diambil bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.
XOX Space telah dilancarkan oleh duta XOX MOBILE iaitu legenda badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei, Pengarah Urusan XOX MOBILE, Datuk Eddie Chai, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Ng Kok Heng. Kedai berkeluasan 909 kaki persegi itu terletak di tingkat pertama Sunway Pyramid Mall.
Selain dari menjadi pusat jualan utama XOX di mana pelanggan boleh memilih pelan, membayar bil, membeli tambah nilai dan penggantian kad SIM bersama-sama perkhidmatan lain, kedai konsep ini juga berfungsi sebagai ruang kerja bagi pengunjung yang ingin menyiapkan kerja mereka di situ dengan kedai ini dilengkapi sambungan Internet untuk digunakan para pengunjung.
Dari sekarang sehingga akhir Mac, pelanggan dan tetamu XOX Space boleh menebus secara percuma pek permulaan ONEXOX Prepaid dengan nilai kredit tersedia RM5. Pas data Internet 3GB juga boleh dibeli pada harga RM30 dengan tempoh sah selama 28 bulan.

