- Iklan -

Imej Pengolokan Vivo NEX Dual Screen Tertiris – Dedah 3 Ciri Utama

Sebelum ini kami pernah berkongsi mengenai ketirisan dan kebocoran maklumat vivo NEX 2. Ramai yang membuat spekulasi telefon pintar ini dijangka hadir dengan dua paparan skrin serta dilengkapi tri-kamera utama.

Ternyata ianya hampir tepat apabila hari ini imej pengolokan untuk telefon pintar tersebut telah tertiris dan menunjukkan tiga ciri utamanya. Memetik poster acah yang tersebar, vivo NEX 2 berkemungkinan besar dikenali sebagai model vivo NEX Dual Screen.

Antara tiga ciri utama yang menjadi fokus kepada telefon pintar ini adalah : pertama, telefon pinta ini dijangka bakal hadir dengan sokongan dua paparan skrin.

Kedua, ia dijangka dilengkapi dengan tri-kamera utama sekaligus menjadikannya model pertama yang hadir dengan penyediaan tiga kamera. Ketiga, ia didatangkan dengan ciri ‘Lunar Ring’ (imej cahaya pelbagai warna) untuk notifikasi LED.

                     

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini yang diperoleh. Jadi, sama-sama kita tunggu!

[SUMBER], [SUMBER 1]

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like