
Meizu Adakan Acara Perasmian Pada 23 Mei Ini Dengan Menampilkan Siri-M Terbaru?!
Pengamal Media antarabangsa telah diberitahu bahawa Meizu sedia untuk melancarkan peranti Siri-M yang terbaru. Langkah strategi yang diambil kali ini oleh Meizu ialah penjualan telefon pintar dengan harga yang murah.
Penjualan Meizu Siri-M ini hanya dijual melalui atas talian sahaja. Menurut ketua pemasaran global, Ard Boundeling mengatakan bahawa mereka belum lagi melancarkan peranti harga di bawah USD275 (kira-kira RM1,185) selepas tahun 2015, kerana peranti yang dibina di bawah harga itu tidak menjanjikan pengalaman yang baik kepada pengguna.
Kami di eRing benar-benar ingin tahu apa yang Meizu ingin tampilkan pada Siri-M kali ini. Apa-apa pun kami akan sediakan berita selanjutnya nanti…