
iQOO 3 Sokong 4 Kamera Belakang + Lensa Utama 48MP + Teknologi AI Eye Tracking

WOW! WOW! WOW! iQOO 3 bakal muncul secara rasmi tidak lama lagi dan butiran mengenainya telah dikongsi sedikit demni sedikit. Terkini, poster acah memeparkan spesifikasi kamera peranti berkenaan telah tersebar – sokong 4 kamera belakang dengan lensa utama sebesar 48MP.

Sumber berkata, peranti ini juga mungkin membawakan lensa potret profesional 50mm dan salah satu ciri unik adalah sokongan teknologi AI eye tracking. Ia didakwa berupaya menghasilkan kejelasan pada tahap baik pada subjek dalam gambar. Ia juga dikatakan mempunyai keupayaan auto fokus lebih baik. Tapi bagaimana hasilnya? Kita tunggu!

