Peluang Terakhir Miliki OPPO F9 Jade Green Edisi Terhad! 550 Unit Tersedia Untuk Anda!

Bagi peminat OPPO F9 yang tidak sempat untuk membeli OPPO F9 Jade Green Edisi Terhad baru – baru ini, anda jangan kecewa kerana OPPO telah restock telefon ini. Ia akan dijual pada 19 Januari ini.

Sebanyak 550 unit akan dijual pada hari tersebut yang mana 500 unit akan dijual di seluruh negara manakala 50 unit lagi hanya tersedia di OPPO Online Store. Jadi cepat-cepat dapatkan telefon OPPO F9 Jade Green edisi terhad ini.

Sungguhpun pada ketika ini, peranti ini telah kehabisan stok, namun, terdapat 3 lagi warna yang tersedia di pasaran iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple.

Peranti ini dijual pada harga RM1199 dan tersedia di seluruh OPPO Concept stores, OPPO Online Store, Kedai kongsi e-dagang OPPO, Lazada, Shopee, Senheng, senQ dan Courts. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh pergi ke rakan telco OPPO di Digi, Maxis dan Celcom.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti ini, anda bolehlah melayari laman sesawang OPPO Online Store, Facebook rasmi OPPO, OPPO Store Locator, Lazada dan Shopee.

Baca juga:

You might also like