
Siapa yang tidak kenal dengan Razer Phone. Hari ini Razer telah melancarkan telefon pintar terbaharu untuk pasaran tempatan dan peranti tersebut dikenali sebagai Razer Phone 2. Ia akan dijual pada harga RM3449 di Malaysia.
Apa yang pasti, telefon ini memberi pemfokusan pada sokongan permua. Disertakan dengan rekaan berkotak dan mempunyai nirtakuk bersaiz 5.7 inci dengan sokongan 120Hz. Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, storan sebesar 64GB dan memori 8GB RAM.

Dari aspek kamera pula, peranti ini dihadirkan dengan sokongan dwi kamera 12MP pada kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan. Dari aspek audio juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan sokongan audio Dolby 5.1 dengan kelantangan melebihi 100dB.
Bagi telefon yang memfokuskan pada permainan mudah alih, pastinya bateri memainkan peranan yang sangat penting. Dengan kapasiti bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+ pasti mampu memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih dengan lebih baik.

Lebih menarik, cahaya logo Razer di bahagian belakang boleh dikawal oleh pengguna menerusi aplikasi khusus. Apa yang pasti, ia turut disertakan dengan sokongan pengecasan nirwayar, dan kalis air IP67.
Bagi yang berminat, aadna boleh membelinya di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia. Anda juga boleh membeli telefon ini melalui syarikat telekomunikasi U Mobile dan Maxis.
Baca juga:
- Razer Game Store Tiba Di Lazada Malaysia Pada Jualan 11.11
- Huawei Mate 20X vs ASUS ROG Phone vs Razer Phone 2 – Yang Mana…
- Razer Phone 2 Kini Rasmi, Hadir Dengan Kemampuan Kalis Air IP67

