Rose Pink, Warna Baru Bagi Samsung Galaxy Note8, Galaxy S8 & Galaxy S8+

Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan warna baharu iaitu Rose Pink bagi model Galaxy Note8, Galaxy S8 serta Galaxy S8+. Selain tambahan warna baru, Galaxy Note8 turut hadir dengan pilihan warna Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold serta Galaxy S8 dan Galaxy S8+ juga terdapat dalam warna Coral Blue.

Ditawaran pada harga RM3,999 (Galaxy Note8), RM3,299 (Galaxy S8) dan RM3,699 (Galaxy S8+), warna baru ini sudah boleh dibeli di pasaran sekarang. Dengan setiap pembelian, pengguna akan mendapat casing merah jambu dari Alcantara secara percuma serta diskaun 20% tiket penerbangan dari AirAsia sementara stok masih ada.

You might also like