ZTE Nubia Z11 Dijual Sebanyak 25 Unit Dalam Masa Sesaat?!

ZTE Nubia Z11ZTE telah rasmi melancarkan Nubia Z11 di negara China dan mula dijual pada 6 Julai yang lepas. Peranti ini telah habis dijual dalam masa 2 jam sahaja! Menurut jurucakap ZTE, Nubia Z11 telah berjaya dijual sebanyak 25 unit setiap saat!

Memandangkan permintaan yang sangat menggalakkan, ZTE telah membuka kembali jualan pada 20 Julai ini, tetapi anda boleh membuat tempahan bermula 13 Julai sehingga 19 Julai.

Nubia Z11 adalah sebuah smartphone berskrin 5.5 inci beresolusi 1920×1080 piksel, yang menawarkan dua pilihan memori berbeza. Model 64GB ROM, 4GB LPDDR4 RAM dijual pada harga RMB 2499 (kira-kira RM1474) dan 128GB ROM, 6GB LPDDR4 RAM pula berharga RMB 3499 (kira-kira RM2064).

You might also like