
Kalau korang perasan HUAWEI Malaysia kerap menggoda mengenai kemunculan ahli baru mereka iaitu HUAWEI Y9 Prime 2019 (juga dikenali HUAWEI P Smart Z). Nampaknya, pihak HUAWEI memberi kejutan berganda apabila memaklumkan bahawa model tersebut bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi!

Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh pihak HUAWEI menerusi beberapa posting video penggoda di laman Facebook rasmi mereka – turut memperlihatkan rekaan pop-up menempatkan kamera swafoto.
Walau bagaimanapun, HUAWEI masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk model tersebut. Kita mungkin bakal mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini. Jadi, kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/videos/400878473864455/
_________________________
Artikel Berkaitan:

