
Nikmati Fungsi Baru S Note Dengan Lebih Pantas Berbanding Pengguna Lain, Ini Caranya…
Kita alihkan sekejap perhatian kita dari isu bateri Samsung Galaxy Note7 yang hangat diperkatakan ketika ini. Sekiranya anda seorang pengguna tegar peranti siri Galaxy Note, besar kemungkinan anda juga kerap menggunakan aplikasi S Note.
Aplikasi nota ini membolehkan anda mencatat pelbagai perkara penting dan melakukan pelbagai tugasan produktiviti. Kami ingin kongsikan cara untuk anda menikmati fungsi terbaru S Note dengan pantas melalui program Beta.
Anda hanya perlu layari Android App Testing dan muat turun aplikasi S Note. Anda secara automatik akan didaftarkan sebagai pengguna Beta dan akan mendapat segala fungsi baru terlebih dahulu berbanding pengguna lain.

