Xiaomi Umumkan Peranti Yang Dikuasakan Oleh Helio X20, Redmi Note 4

1472
- Iklan -

Redmi Note 4_04Selain pelancaran rasmi Xiaomi Mi Max di pasaran Malaysia, Xiaomi turut memperkenalkan sebuah lagi model peningkatan bagi Xiaomi Redmi Note 3 iaitu Redmi Note 4. Tidak seperti berita yang digembar-gemburkan sebelum ini, mengatakan Redmi Note 4 hadir dengan sokongan dwi Kamera, sebaliknya hanya menyokong satu lensa utama sahaja berkapasiti 13 Megapiksel.

Xiaomi-redmi-note-4-phone-13Seperti model sebelum ini, Redmi Note 4 menawarkan dua pilihan memori iaitu 16GB, 2GB RAM serta 64GB, 3GB RAM. Dari segi pemproses pula, kali ini Xiaomi tidak lagi menggunakan pemproses Snapdragon 650, malah dikuasakan bersama MediaTek 10 Core Helio X20.

Xiaomi-redmi-note-4-phone-14Xiaomi Redmi Note 4 yang menggunakan kerangka logam jenis unibodi dengan rekaan 2.5D, juga dilihat menyokong pengimbas cap jari seperti mana Redmi Note 3. Kehadiran paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD penuh masih selesa untuk dipegang walaupun dengan sebelah tangan. Manakala bateri berkapasti 4100 mAh pula dikhabarkan mampu bertahan selama sehari dengan penggunaan.

Xiaomi-redmi-note-4-phone-9Redmi Note 4 sudah mula dijual di China pada 26 Ogos 2016 dengan harga RMB 899 (kira-kira RM 549) untuk model 16GB dan RMB 1199 (kira-kira RM 732) bagi model 64GB.