Reviu Eksklusif: Xiaomi Redmi Note 3, Kemunculan Sulung Redmi Binaan Besi

4.1RM 749 (2GB RAM + 16GB ROM)

RM 849 (3GB RAM + 32GB ROM)

Redmi merupakan siri model utama bagi jenama Xiaomi, ia menggabungkan elemen reka bentuk yang cantik dan prestasi terbaik pada harga yang sangat kompetitif. NonameXiaomi diangkat sebagai salah satu syarikat yang berjaya menawarkan smartphone berprestasi tinggi pada harga bajet.

Setelah agak menyepi pada penghujung tahun lalu, kini Xiaomi Malaysia mengumumkan pelancaran ahli keluarga terbaru siri Redmi. Dikenali sebagai Redmi Note 3, peranti ini memperlihatkan usaha dari Xiaomi dalam menambah baik produk mereka dari segenap segi. Ikuti ulasan editor untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Redmi Note 3.

 

 

Reka Bentuk

4.3Redmi Note 3 merupakan peranti pertama dari siri Redmi yang dibina menggunakan rangka besi, lantas memberikan ini keteguhan binaan yang lebih baik dari model terdahulu selain memberikan sentuhan premium kepada peranti. Rangka besi ini juga mempunyai lengkungan pada sisinya yang memberikan rasa selesa ketika dipegang walaupun ia mempunyai skrin sebesar 5.5 inci.

Sebaik sahaja peranti ini dikeluarkan dari kotak, anda boleh merasai kualiti binaan rangka besi yang baik dan kemasan matte pada keseluruhan peranti adalah satu langkah yang sangat bijak dari Xiaomi kerana kemasan jenis ini tidak meninggalkan kesan cap jari dan kotoran, malah ia juga mudah dibersihkan berbanding kemasan lain.

4.2Panel belakang Redmi Note 3 pula mempunyai 3 komponen utama iaitu pengesan cap jari, kamera dan juga speaker. Jika diperhatikan dengan teliti, kamera dan pengesan cap jari mempunyai diameter yang sama dan diletakkan pada posisi yang simetri antara lampu flash. Selain itu juga komponen pada bahagian belakang juga berada pada satu garisan selari, ini jelas menunjukkan Xiaomi memberikan lebih perincian dan perhatian di dalam reka bentuk Redmi Note 3 walaupun mereka mempunyai visi dan misi untuk menghasilkan peranti spesifikasi tinggi yang mesra ekonomi.

 

Pengesan cap jari

6.1Walaupun dijual pada harga RM 749 dan RM 849, Xiaomi masih mampu menawarkan fungsi pengesan cap jari pada Redmi Note 3. Fungsi tersebut yang selalunya hadir bersama peranti pada kelas harga yang lebih tinggi telah membuktikan bahawa pengeluar sebenarnya mampu menawarkan ciri dan fungsi yang lebih baik pada pengguna pada harga yang mesra ekonomi.

Setelah selesai mengimbas dan memasukkan data cap jari pada peranti ini, tiba masanya untuk editor melihat sama ada peranti ini mampu berfungsi seperti yang diceritakan Louis Shue. Editor menggunakan iPhone 6S sebagai perbandingan prestasi pengesan cap jari, dan hasil perbandingan yang editor boleh simpulkan adalah pengesan cap jari Redmi Note 3 adalah setanding dengan iPhone 6S. Ia mampu mengesan cap jari dan unlock peranti dengan pantas, di samping itu anda tidak perlu menekan bahagian pengesan untuk unlock peranti seperti yang anda lakukan pada kebanyakan model lain.

 

Antaramuka MIUI 7

512Redmi Note 3 dilengkapi sistem Android Lollipop 5.1.1 yang diberikan sentuhan antaramuka MIUI 7 oleh Xiaomi. Pada pendapat editor versi MIUI ini adalah lebih kemas dan sedap dipandang berbanding versi terdahulu. Ia masih lagi mengekalkan sistem antaramuka selapis di mana tiada fungsi app drawer ditawarkan.

Paparan notifikasi juga tampak lebih kemas dengan aturan dan susunan ikon yang tidak terlalu padat. Selain itu anda juga boleh menetapkan efek pada homescreen dan mendapatkan pelbagai tema yang boleh dimuat turun.

Cara mendapatkan tema

534

  1. Untuk mencari tema yang anda minati, pergi ke bahagian setting dan masuk ke themes.

 

 

 

 

 

5562.Kemudian sentuh online untuk melihat pilihan tema yang disediakan. Anda boleh menetapkan tema selepas anda selesai muat turun.

 

 

 

 

5.7

 

*Editor menetapkan tema Marshmallow Nightshade yang editor rasakan sangat kemas, bersih serta mempunyai persamaan dengan sistem operasi Android Marshmallow.

 

 

 

 

Kamera

Kamera utama Redmi Note 3 hadir dengan sensor 16 megapiksel dengan bukaan aperture f/2.0, berdasarkan hasil gambar ditunjukkan kamera peranti ini dapat menghasilkan kualiti imej yang baik apabila berada di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang mencukupi.

Penghasilan tona warna juga memuaskan dengan gambar tampak natural dan asli, namun ianya bergantung kepada citarasa individu kerana sesetengah orang lebih gemarkan warna yang lebih saturated dan menonjol. Kekurangan kamera peranti ini adalah butiran dan kualiti yang rendah apabila anda membesarkan imej atau crop objek dalam fokus.

Sampel gambar indoor menggunakan kamera utama.
Sampel gambar indoor menggunakan kamera utama.
7.3
Sampel gambar indoor menggunakan kamera utama
Sampel gambar selfie menggunakan kamera hadapan.
Sampel gambar selfie menggunakan kamera hadapan.
Sampel gambar outdoor menggunakan kamera utama.
Sampel gambar outdoor menggunakan kamera utama.

Fungsi Ekstra

Child Mode

Kanak-kanak adalah golongan yang penuh dengan rasa ingin tahu dan tidak sedar akan tindakan mereka, ketika menggunakan peranti anda, si kecil mungkin secara tidak sengaja menggunakan butiran kewangan anda untuk membeli permainan video di Play Store atau mungkin menggangu kerja yang telah disimpan di dalam peranti. Jadi untuk meminimakan kejadian ini dari berlaku, aktifkan fungsi Child Mode untuk memberikan akses terhad kepada si kecil, lantas menyelamatkan anda dari kerugian kelak.

8.2 8.18.3

  1. Pergi ke bahagian setting dan cari fungsi Child Mode.
  2. Aktifkan fungsi tersebut dan pilih aplikasi yang boleh diakses oleh kanak-kanak.
  3. Hanya aplikasi yang telah dipilih akan terpapar di homescreen setelah anda selesai mengaktifkan fungsi ini.

 

Reading Mode

Gelombang cahaya biru dari paparan skrin merencatkan pembentukan melatonin yang merupakan hormon yang menyediakan badan kita untuk tidur, oleh itu penggunaan peranti pada waktu malam terutamanya sebelum tidur mempunyai impak yang negatif kepada kitaran tidur kita. Namun sekiranya anda masih mahu menggunakan peranti pada waktu malam atau sejurus sebelum tidur, anda bolehlah mengaktifkan fungsi Reading Mode yang berfungsi menapis gelombang cahaya biru.

8458.7_meitu_19

  1. Pergi ke Setting > Display
  2. Masuk ke bahagian Reading Mode dan aktifkan fungsi tersebut. Anda juga boleh menetapkan tona paparan dengan menggerakkan slider.

 

Panjangkan Jangka Hayat Bateri dan Prestasi CPU

Redmi Note 3 menawarkan pilihan kepada anda untuk menyahaktif sistem animasi, ia sekaligus akan mengurangkan penggunaan kuasa dan meringankan beban proses pada CPU. Sekiranya anda ingin mengaktifkan fungsi ini, berikut adalah caranya.

8.88.9

 

  1. Pergi ke Additional Setting > Battery > System Animations
  2. Sentuh Hide System Animations dan biarkan peranti melakukan proses reboot.

 

 

 

 

Benchmark

Prestasi merupakan aspek terpenting pada pengguna, sebuah peranti yang bagus seharusnya mempunyai sistem dan fungsi yang stabil untuk memberikan pengguna pengalaman digital yang baik dan lancar. Jadi mari kita lihat skor benchmark yang mampu dicapai Redmi Note 3.

Skor dan ranking Redmi Note 3 di dalam data AnTuTu Benchmark.
Skor dan ranking Redmi Note 3 di dalam data AnTuTu Benchmark.
Skor proses teras Redmi Note 3 pada aplikasi Geekbench.
Skor proses teras Redmi Note 3 pada aplikasi Geekbench.

Redmi Note 3 berada di kalangan 15 peranti yang mencatatkan skor terbaik, berada satu tangga di belakang Sony Xperia Z5. Berdasarkan skor dan ranking tersebut anda tidak perlu risau dan ragu tentang kemampuan peranti ini bekerja dan menjalankan fungsi yang anda perlukan.

 

Komen Editor

2.2

Setelah menggunakan secara intensif Redmi Note 3, editor rasakan ianya merupakan satu peranti yang cukup solid dan berbaloi untuk dibeli, tambahan pula ianya dijual pada kelas harga bawah RM 1000 yang jelas akan menarik minat kebanyakan pengguna yang inginkan peranti mesra ekonomi. Pada harga tersebut anda dapat memiliki sebuah peranti yang dibina menggunakan rangka besi serta lengkap dengan fungsi pengesan cap jari yang pantas.

Namun Redmi Note 3 tidak terlepas dari beberapa kekurangan, antaranya adalah kualiti kamera yang hanya pada tahap memuaskan sahaja, selain itu kamera hadapannya tidak mempunyai fungsi flash dari skrin, pada pendapat editor sepatutnya ia disertakan sekali memandangkan majoriti model terbaru hadir dengan fungsi tersebut. Bergantung pada citarasa dan bajet anda, sekiranya anda ingin mencari sebuah peranti pada kelas harga bawah RM 1000, Redmi Note 3 adalah antara calon terbaik.  

You might also like