
BlackBerry Membuka Fungsi Panggilan Video BBM Pada Platform iOS dan Android
BlackBerry akhirnya melancarkan fungsi panggilan video melalui aplikasi BBM pada peranti platform Android dan iOS. Fungsi ini pada mulanya diuji dalam versi beta dan mula diperkenalkan beberapa minggu lalu ke Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.
Ia membolehkan sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi untuk panggilan video dengan rakan dan keluarga melalui BBM. Untuk menggunakan fungsi ini, pastikan anda mengemas kini aplikasi BBM kepada versi terbaru. BBM Video disediakan untuk mana-mana peranti Android dengan Android 4.4 KitKat dan ke atas, atau iPhone dengan iOS 8 atau lebih tinggi.
Kenalan dan ahli keluarga anda juga haruslah mempunyai peranti dan aplikasi yang menyokong panggilan video BBM sekiranya anda ingin menikmati servis ini.
Muat Turun: