OPPO R9s Black Edition Mula Dijual Esok – RM1,828

Bermula esok 10hb Mei 2017, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar terbaru dari OPPO dengan warna yang lebih elegan. OPPO R9s Black Edition ini didatangkan dengan warna hitam yang mana menjadi warna paling popular buat masa ini.

Anda boleh mendapatkannya di kesemua 700 penjual yang sah di seluruh Malaysia. Tambahan lagi, anda juga boleh mengunjungi laman sesawang atas talian seperti Celcom, Digi, Maxis, Lazada, Shopee dan 11Street, serta kedai elektrik Sen Heng untuk proses pembelian.

Untuk peringatan anda, hari ini ialah hari TERAKHIR jualan pra-tempah OPPO R9s Black Edition ini di laman jualan atas talian dengan hadiah istimewa merupakan jam pintar Now 2 Smart Band.

Hadir dengan kamera 16 Megapiksel di depan dan belakang dengan F/1.7 aperture bersama dua PDAF disediakan. OPPO R9s Black Edition dipadatkan dengan bateri berkapasiti 3010mAh menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge.

You might also like