Lenovo Z6 Kini Rasmi, Pamer Prestasi Menakjubkan Bagi Kelas Pertengahan

Lenovo yang merupakan jenama peranti terkenal kini melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Lenovo Z6 yang disasarkan untuk pasaran kelas pertengahan.

Dari segi rupa paras ia sangat menarik. Tampil dengan dimensi 7 x 74.5 x 7.97mm serta berat 159g dan hadir dengan kerangka aluminium dari siri 6000. Menariknya panel belakang tampil dengan rekaan yang diperbuat daripada kaca.

Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 730 (8nm) dan hadir dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Uniknya ia dikuasakan ZUI11 berasaskan Android 9.0 Pie.

Aspek paparan juga menarik apabila ia hadir dengan FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan bezel yang nipis. Aspek keterangan skrin ini boleh mencapai sehingga 600 nits dan menyokong HDR10+, DCI-P3 dan kadar segar semula adalah 120Hz.

Lenovo Z6 ini dihadirkan dengan 3 kamera 24MP (f/1.8, Sony IMX576), 8MP (2x zum optikal, 8x zum hibrid) + 5MP (Depth sensor). Bagi kamera belakang. Kamera hadapan pula ialah 16MP.

Aspek keselamatan juga baik apabila tampil dengan pengimbas cap jari dalam skrin generasi ke-6. Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila tampil dengan 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W (USB-C).

Peranti ini tersedia dalam warna biru sahaja dan akan dijual di China pada 9 Julai. Terdapat 3 varian bagi model ini iaitu 6GB + 64GB – CNY1,899 (kira-kira RM1,142), 6GB + 128GB – CNY2,099 (kira-kira RM1,262) dan 8GB + 128GB – CNY2,499 (kira-kira RM1,503).

You might also like