

Selalunya jika tambah nilai kredit prabayar sebanyak RM100, kita biasanya dapat data percuma atau kredit tambahan sahaja bukan? TuneTalk kini menawarkan sebuah telefon 2G percuma kepada pengguna, jika membuat tambah nilai sebanyak RM100. Telefon yang ditawarkan adalah Ninetology Vox Plus, yang boleh bersambung ke Internet melalui rangkaian 2G.
Promosi telefon percuma ini berjalan dari 6 Mac 2018 sehingga kehabisan stok. Untuk mendapatkan telefon ini secara percuma, pengguna perlu membuat tambah nilai RM100 menerusi kedai online TuneTalk dan tambah nilai ini dibuat secara manual. Pengguna akan menerima panggilan dari TuneTalk dalam masa 48 jam selepas membeli tambah nilai. Promosi ini turut terbuka kepada pengguna Tone Excel dan Tone Plus.
https://www.facebook.com/tunetalk/posts/10156210435898114
Telefon 2G percuma ini akan dihantar dalam masa 7 hari bekerja, ke mana-mana lokasi di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari promosi TuneTalk RM100 Reload Bundle.

