Waze Menawarkan Penggunanya Menjadi Seorang Juruterbang MAS

Waze Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines bagi memberikan ‘pengalaman juruterbang’ kepada pengguna-pengguna Waze di serata Malaysia. Menurut Pengurus perniagaan Waze, Edward Ling menyatakan bahawa pihak Waze ingin memberikan tarikan yang unik, maka ini adalah salah satu cara untuk membawa jenama kepada para pengguna dari sehari ke sehari.

Ciri ini boleh didapati di dalam aplikasi dengan akses yang mudah. Para pengguna perlu pergi ke ikon Settings > Display & Map > Car on Map dan pilih ikon kapal terbang Malaysia Airlines. Selain itu, terdapat satu iklan meminta pengguna untuk menukar ikon kereta kepada ikon kapal terbang MAS sebelum memulakan perjalanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara membuat tetapan sila tonton video yang disediakan.

You might also like